Xi Jinping: Pacu Pembangunan Ekonomi Digital dengan Sihat

2021-10-20 15:43:35  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping menyatakan, usaha perlu dipergiat untuk mendorong penggabungan teknologi digital dengan ekonomi sebenar dengan memanfaatkan kelebihan data berkuantiti besar, menaiktarafkan dan mewujudkan transformasi industri tradisional, selain memupuk industri, format dan model baharu agar terus memajukan ekonomi digital China.

Pada sesi pembelajaran  mengenai  usaha memacu pembangunan ekonomi digital domestik dengan sihat yang diadakan Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC baru-baru ini, Presiden Xi berkata bahawa inovasi dalam bidang internet, data raya, perkomputeran awan, kecerdasan buatan(AI) dan rantai blok dipercepatkan pada beberapa tahun kebelakangan ini dan telah menyerap dalam kesemua proses dan pelbagai bidang pembangunan sosioekonomi.

"Pembangunan ekonomi digital yang berkembang begitu pesat, meliputi lingkungan yang begitu luas dan pengaruhnya begitu mendalam tidak pernah berlaku sebelum ini. Ekonomi digital telah menjadi tenaga penting bagi menyusun semula sumber elemen global, struktur ekonomi sejagat serta mengubah landskap persaingan global.

"China perlu mengkoordinasikan strategi kebangkitan nusa dan bangsa China  dengan perubahan di dunia yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta menyelaraskan situasi dalam dan luar negera, selain memperkasa pembangunan dan meningkatkan keselamatan," kata beliau.

徐国玮