Sidang Kemuncak Awan Persidangan Industri VR Dunia 2021

2021-10-20 16:11:59  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Awan Persidangan Industri VR Dunia 2021_fororder_VR

Sidang Kemuncak Awan Persidangan Dunia 2021 mengenai Industri VR  diadakan di  bandar Nanchang, China pada 19 hingga 20 Oktober lalu. 

"Pencapaian Penting dalam Industri Realiti dan Simulasi China", "50 Syarikat  VR Tehebat di China 2021", "Anugerah Inovasi Tahunan VR/AR", serta laporan penyelidikan mengenai industri realiti dan simulasi dikeluarkan ketika berlangsungnya sidang tersebut.  

Difahamkan, pakar dari lebih 10 negara dan kawasan termasuk Amerika Syarikat(AS), Perancis, Republik Korea, Britain, Sweeden telah diundang untuk menyampaikan ucapan dalam sidang tersebut.

Sementara itu, sidang sampingan pula diadakan di Republik Korea pada tahun ini  sebagai penggerak kepada pembangunan industri berkenaan di rantau Asia. 

16 forum yang masing-masing menumpukan kepada topik standardisasi, permainan, media, pendidikan, kesenian imej, kebudayaan dan pelancongan, penjagaan kesihatan, inovasi aplikasi dan perlindungan harta intelek turut diadakan secara serentak.

胡星