CAS Umumkan Hasil PenyelidikanTerkini Sampel Bulan

2021-10-20 15:42:32  CRI
Share with:

Majalah sains yang terkemuka di dunia "Nature" and "National Science Review" semalam menyiarkan empat laporan berhubung hasil penyelidikan terkini tentang sampel dibawa kembali dari bulan oleh prob Chang'e- 5 China.

Menurut hasil penyelidikan yang dibuat Akademi Sains China(CAS) bersama dengan institusi pengajian China lain itu, sampel bulan tersebut adalah sejenis basalt lunar yang baru ditemukan, dengan  membawa maklumat baharu mengenai usia magma di zon pendaratan dan sifat kawasan sumber.

Basalt "termuda" di bulan terbukti berusia dua bilion tahun. Kawasan sumber aktiviti magmatik tidak padat dengan unsur radioaktif, dan hampir tidak ada air di kawasan sumber mantle di bulan.

Menurut pakar berkenaan, setakat ini, tiada rekod tentang aktiviti magma dalam tempoh antara tiga bilion tahun hingga satu bilion tahun yang lalu dalam sejarah bulan. Hasil penyelidikan mengenai sampel bulan yang dibuat saintis China tersebut telah mengisi kekosongan dalam bidang tersebut.

Sementara itu, CAS juga berusaha meningkatkan kerjasama dan pertukaran antarabangsa untuk menganalisis sampel bulan tersebut.  

徐国玮