Iran Mahu Rundingan Vienna Bertepatan Dengan Kepentingan Negaranya

2021-10-20 16:13:10  CRI
Share with:

Iran Mahu Rundingan Vienna Bertepatan Dengan Kepentingan Negaranya_fororder_Iran

Iran bersikap serius terhadap rundingan Vienna yang bertujuan untuk membatalkan sekatan Amerika Syarikat(AS) dan menggalakkan pelbagai pihak menegakkan perjanjian nuklear Iran, dan rundingan itu dikehendaki bertepatan dengan kepentingan negara itu.

Demikian dinytakan oleh Presiden Iran, Ebrahim Raisi ketika menyampaikan ucapan dalam siaran langsung melalui televisyen untuk kali kedua sejak beliau menjawat jawatan sebagai presiden.

"Iran akan menyambung semula rundingan Vienna dengan prasyarat rundingan itu mesti memelihara kepentingan semua warga Iran.

"Pada masa yang sama, Iran akan terus melaksanakan dasar "resistance economy", iaitu meningkatkan pengeluaran domestik, mengurangkan kebergantungan  kepada pengeksportan minyak dan gas asli serta meningkatkan keupayaan Iran dalam bidang ekonomi.

"Sehubungan dengan itu, AS perlu menunjukkan keikhlasan dan membatalkan sekatan haram terhadap Iran," kata Raisi.

胡星