WTO Bakal Bahaskan Dasar Perdagangan terhadap China

2021-10-20 15:40:56  CRI
Share with:

Sesi perbahasan ke-8 mengenai dasar perdagangan terhadap China oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) akan diadakan pada 20 dan 22 Oktober ini.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam WTO. Dalam tempoh dua dekad yang lalu, China menunaikan janjinya secara komprehensif, mengambil bahagian dengan aktif dalam pelbagai kerja WTO dan memberikan sumbangan penting bagi memelihara mekanisme perdagangan multilateral.

Pembahasan dasar perdagangan merupakan antara tiga fungsi utama WTO  dan juga dianggap sebagai  mekanisme berkesan untuk mendorong pengoperasian sistem perdagangan multilateral yang stabil. Stakat ini, China telah menerima perbahasan sebanyak tujuh kali dan mencapai hasil yang positif , selain dipuji oleh para anggota WTO.

Dalam sesi perbahasan kali ini, Kementerian Perdagangan China akan membentangkan konsep pembangunan baharu China, langkah baharu dalam bidang pembaharuan dan keterbukaan kepada para anggota WTO serta memberi respons terhadap isu yang menjadi perhatian mereka.  

徐国玮