Xi Buat Tinjauan di Muara Sungai Kuning

2021-10-21 16:16:24  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Komunis China(PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping membuat tinjauan di muara Sungai Kuning di bandar Dongying, provinsi Shandong pada Rabu lalu.

Beliau mengunjungi pelabuhan di muara sungai, Pusat Pemantauan Ekologi Delta Sungai Kuning dan kawasan perlindungan alam peringkat kebangsaan untuk meninjau keadaan saluran sungai dan persekitaran ekologi tanah lembab di Delta Sungai Kuning serta mendapat maklumat tentang perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan perairan sungai itu.

Sungai Kuning yang sepanjang 5,464 kilometer digelar sebagai sungai ibunda bangsa China.

胡星