China Mahu Kukuh Perkongsian Strategik dengan New Zealand

2021-10-21 15:31:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited memperkukuh lagi perkongsian strategik komprehensif dengan New Zealand bagi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam perutusan tahniah kepada Presiden New Zealand yang baharu, Cindy Kiro hari ini, presiden Xi menyatakan bahawa China dan New Zealand merupakan rakan kerjasama yang penting antara satu sama lain.

"China menumpukan kepada perkembangan hubungan dengan New Zealand dan bersedia memperkasakan dialog, interaksi dan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati dalam situasi menang-menang," kata beliau.

覃淼