Medan Minyak Shengli Tampil dengan Wajah Baharu

2021-10-22 12:08:37  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menjejak kaki di medan minyak Shengli semasa tinjauannya di provinsi Shandong pada Khamis.

Untuk rekod, China pernah kekurangan sumber petroleum sejak awal tahun 1950-an.

Medan Minyak Shengli Tampil dengan Wajah Baharu_fororder_youtian

Pekerja industri minyak generasi pertama membanting tulang siang dan malam selama lebih 2,000 hari, sehinggalah penemuan pertama berjaya dibuat di Huabajing, iaitu telaga minyak kelapan di Dataran Utara China pada April 1961.

Sejak itu juga, operasi penerokaan dan pengeluaran minyak dilakukan secara besar-besaran di medan berkenaan.

Pada zaman kini, pemain industri minyak mengalihkan strategi pembangunannya ke arah hijau dan rendah karbon.

Dengan adanya teknologi penangkapan, pengangkutan dan penyimpanan karbon atau Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS), rantai pengeluaran minyak dinaik taraf sehingga mencapai tahap hijau dengan lonjakan output dan pengurangan pelepasan karbon dioksida.

董筱娉