China Sumbang 1.5 Bilion Dos Vaksin Kepada Dunia

2021-10-22 14:35:30  CRI
Share with:

Setakat 17 Oktober, China telah menyumbang lebih 1.5 bilion dos vaksin COVID-19  kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China pada sesi taklimat Khamis lalu menyatakan, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China menunaikan komitmen menjadikan vaksin  COVID-19 sebagai produk awam global dan bersedaya upaya menyediakan vaksin kepada masyarakat antarabangsa.

"Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu, China telah menyumbang lebih 60 juta dos vaksin kepada kira-kira 20 negara membangun di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah,"katanya.

Menurut jurucakap itu, Presiden China, Xi Jinping komited akan berusaha untuk menyediakan dua bilion dos vaksin kepada dunia pada tahun ini dan mengambil keputusan untuk menyumbang sebanyak USD 100 juta(RM 415.5 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX) bagi pengagihan vaksin ke negara  membangun, selain menyumbang 100 juta dos vaksin kepada negara membangun.

"Seiring dengan peningkatan kapasiti pengeluaran, China akan terus menyediakan lebih banyak vaksin yang selamat dan berkesan kepada dunia khususnya negara-negara membangun bagi menggalakkan pengagihan dan penggunaan vaksin secara adil di dunia agar memenangi peperangan melawan wabak dengan secepat mungkin,"katanya.

徐国玮