Xi Teruskan Tinjauan di Dongying

2021-10-22 14:13:26  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Komunis China(PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping meneruskan tinjauan di bandar Dongying, provinsi Shandong pada Khamis lalu.

Beliau mengunjungi Zon Demonstrasi Industri Teknologi Tinggi Pertanian di Delta Sungai Kuning, Komuniti Perumahan Yangmiao di daerah Kenli, Institut Penyelidikan Penerokaan dan Pengeluaran Petroleum serta pelantar minyak di Medan Minyak Shengli untuk mendapat maklumat tentang penggunaan komprehensif tanah bergaram dan beralkali serta pembangunan pertanian moden di Delta Sungai Kuning, penempatan semula penduduk di dataran banjir Sungai Kuning, serta pembangunan inovatif di Medan Minyak Shengli.

胡星