WHO: Negara Barat Sorok 600 Juta Dos Vaksin COVID-19

2021-10-22 14:27:07  CRI
Share with:

Setakat penghujung tahun ini, vaksin COVID-19 yang disorok negara-negara barat akan mecatat 600 juta dos.

Demikian dinyatakan Duta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Pembiayaan Kesihatan Global, yang juga bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dalam sidang akhbar WHO tentang keadaan penularan pandemik COVID-19 di dunia pada Khamis lalu.

"Terdapat lebih 200 juta dos vaksin COVID-19  tidak pernah diguna pakai di negara-negara barat, dan masih terdapat banyak vaksin akan dihantar kepada negara tersebut menurut kontrak.

"Menurut jangkaan jabatan berkenaan, sebanyak 100 juta dos vaksin daripadanya akan tamat tempoh penyimpanan pada beberapa bulan akan datang,”kata Brown.

Gordon Brown menambah, WHO meramalkan bahawa kes positif COVID-19 global akan bertambah lebih 200 juta pada tahun depan, dan tiga perempat daripadanya akan dikesan di negara-negara miskin yang merekodkan kadar vaksinasi rendah.

Maka, beliau menyeru negara-negara barat berkongsi vaksin COVID-19 dengan negara membangun secepat mungkin.  

胡星