China Beri Sumbangan Tadbir Urus Kesihatan Global: Margaret Chan

2021-10-22 13:46:43  CRI
Share with:

China Beri Sumbangan Tadbir Urus Kesihatan Global: Margaret Chan_fororder___172.100.100.3_temp_16_1_16_1_1_44044c0c-e904-4b26-aa04-3f19bcb8f2e4

China berjaya mencapai pelbagai kemajuan besar dalam bidang perubatan dan kesihatan sepanjang 50 tahun lalu, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan Fung Fu-chun.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Margaret Chan menyatakan, dalam lima dekad lalu, China memainkan peranan positif dalam tadbir urus kesihatan global, pembekalan produk awam, serta kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan.

"Bantuan China sampai ke seluruh pelosok dunia sejurus selepas berlaku penularan pandemik seperti Ebola, ataupun bencana alam termasuk gempa bumi dan tsunami.

"Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, China sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia, selain berkongsi hasil pembangunannya," jelas beliau dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG).

Beliau turut memuji kesungguhan dan kecekapan kerajaan China dalam menangani penularan wabak COVID-19, dengan meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

"Berpandukan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, China menitikberatkan kolaborasi antarabangsa dalam inovasi teknologi sektor kesihatan awam, sambil aktif memperkasa penyelidikan bersama dengan negara lain," ujarnya.

梁靓