China Terus Perluaskan Akses terhadap Pelaburan Asing

2021-10-23 16:11:57  CRI
Share with:

China akan terus memperluaskan akses terhadap pelaburan asing dalam bidang undang-undang, pengangkutan, kewangan, penghantaran maklumat, pendidikan dan perubatan agar meningkatkan taraf keterbukaan.

Menurut rancangan pembangunan berhubung penggunaan pelaburan asing dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan China  Jumaat lalu,  dalam tempoh tersebut, skala penggunaan pelaburan asing di negara ini akan terus menduduki tempat terdepan di dunia, struktur penggunaan pelaburan asing kian sempurna, penghubungan antara pelaburan asing dengan pelaburan China ke negara asing, perdagangan luar dan pendorongan penggunaan domestik semakin dipertingkatkan.

Menurut unjuran, jumlah penggunaan modal asing dalam kontrak yang terlaksana di China bakal mencatat USD700 bilion(RM 2903.6 bilion) menjelang 2025. Antaranya, sebanyak 30 peratus pelaburan asing digunakan dalam industri teknologi canggih.

Menurut rancangan itu, tahap keterbukaan China akan terus dipertingkatkan. Tahap keterbukaan industri pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan diperkasakan bagi mengurangkan senarai negatif akses pasaran firma asing,

Sementara itu, sekatan terhadap kadar pemegangan saham firma asing juga akan dilonggarkan secara beransur-ansur. Firma asing  boleh memegang saham dalam lebih banyak sektor di China atau mengelola syarikat sendiri.

徐国玮