Xi: Kemajuan Ketara dalam Perlindungan Ekologi, Pembangunan Berkualiti Tinggi Lembangan Sungai Kuning

2021-10-23 15:20:12  CRI
Share with:

Xi: Kemajuan Ketara dalam Perlindungan Ekologi, Pembangunan Berkualiti Tinggi Lembangan Sungai Kuning_fororder_1127986729_16349155147581n

Presiden China Xi Jinping pada Jumaat lalu menggesa kemajuan ketara dalam perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di lembangan Sungai Kuning semasa tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi China (2021-2025) .

Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada simposium di bandar Jinan, provinsi Shandong di timur China.

Xi berkata, usaha gigih diperlukan untuk memastikan Sungai Kuning sentiasa memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat negara ini.

"China akan mempergiat pembangunan sistem bersepadu bagi mencegah banjir dan mengurangkan bencana, menetapkan reaksi kecemasan pencegahan banjir dan kemarau serta menjamin keselamatan di tebing sepanjang sungai tersebut.

"Sejak tahun 2012, kerajaan pelbagai peringkat berinisiatif melaksanakan konsep pembangunan hijau, mengintensifkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan gunung, sungai, hutan, ladang pertanian, tasik dan rumput serta mengawal pasir, sehingga mencapai kemajuan yang amat ketara dalam pembangunan tamadun ekologi," kata beliau.

Xi menembah, China merancang menubuhkan Taman Negara Sungai Kuning yang merupakan komponen penting bagi usaha perlindungan ekologi di Delta Sungai Kuning.

"China akan mengutamakan perlindungan ekologi dan pembangunan hijau dalam proses memperjuangkan matlamat seratus tahun kedua," kata beliau.

Sungai Kuning yang sepanjang 5,464 kilometer dikenali sebagai sungai besar di bahagian utara China. Sungai itu dianggap sebagai tapak asal usul tamadun China, dan juga digelar sebagai "sungai ibunda" bagi bangsa China.

高蕾