Kertas Pendirian Mengenai Kerjasama China-PBB Dilancarkan

2021-10-23 15:55:13  CRI
Share with:

Kementerian Luar China melancarkan Kertas Pendirian mengenai Kerjasama antara China dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat lalu.

Dokumen tersebut telah memperkenalkan sumbangan signifikan China kepada PBB dalam tempoh 50 tahun lalu, sekaligus memaparkan pendirian dan anjuran China dalam usaha memelihara multilateralisme, menggalakkan pembangunan global, bersatupadu bagi membendung pandemik COVID-19.

Dimaklumkan, China sentiasa menjunjung tinggi dan mengamalkan multilateralisme dengan bersungguh-sungguh, menentang amalan unilateralime, fahaman perlindungan, kegiatan membuli,  dan "multilateralisme palsu" seperti politik kumpula dan kelompok kecil, di samping mendorong perkembangan sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan rasional.

Menurut dokumen tersebut, China bersedia berganding bahu dengan pelbagai negara lain untuk menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

高蕾