China Komited Kekalkan Komunikasi Erat dengan Negara Kepulauan Pasifik

2021-10-23 16:11:18  CRI
Share with:

China komited mengekalkan komunikasi yang erat dengan pelbagai negara di kepulauan Pasifik, mengadakan kerjasama yang ikhlas, bersama-sama membina perkongian strategi komprehensif yang lebih erat agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Demikian dikatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika memperkenalkan mesyuarat menteri luar China-negara kepulauan Pasifik pertama yang diadakan secara maya pada Khamis lalu.

Pada sidang taklimat semalam, Wang memaklumkan, mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi kali ini mencapai enam konsensus yang penting termasuk menubuhkan gudang simpanan barang-barang kecemasan China-negara kepulauan Pasifik, pusat pembangunan dan kerjasama pengurangan kemiskinan, pusat kerjasama menangani perubahan iklim dan penganjuran forum kerjasama dan pembangunan perikanan China-negara kepulauan Pasifik.

Mesyuarat itu turut menfokuskan isu pelepasan air tercemar nuklear dan menegaskan lagi untuk memelihara sistem pengawalan nuklear antarabangsa dan zon bebas nuklear Pasifik Selatan. 

Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri Luar China-Negara Kepulauan Pasifik turut dikeluarkan dalam mesyuarat itu.

徐国玮