Kebanyakan Negara Menentang Campuri Urusan Dalaman China

2021-10-23 14:01:30  CRI
Share with:

Kebanyakan Negara Menentang Campuri Urusan Dalaman China_fororder_f785e4d4f07e41968ab52d67a8c7a716

Lebih 80 negara menentang campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dengan bertopengkan hak asasi manusia pada Jawatankuasa Ketiga  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-76 pada Khamis lalu.

Cuba, bagi pihak 62 negara, membuat kenyataan bersama ketika membincangkan isu hak asasi manusia, menyokong China dalam menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan negaranya.

Menurut kenyataan bersama itu, menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah negara dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara berdaulat merupakan norma asas mentadbir urus hubungan antarabangsa.

"Isu-isu yang berkaitan dengan Hong Kong, Xinjiang dan Tibet antara hal ehwal dalaman China yang tidak boleh dicampuri oleh mana-mana kuasa luar.

"Pelbagai negara perlu mematuhi manifesto dan prinsip Piagam PBB, menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia dan mengamalkan dwi standard, membantah tuduhan bermotif politik dan tidak berasas terhadap China berdasarkan maklumat palsu, selain menentang campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dengan bertopengkan hak asasi manusia," menurut kenyataan bersama itu.

Dalam perkembangan lain, hampir 20 negara termasuk Syria, membuat kenyataan pada sesi itu, menghargai pencapaian China dalam usaha menjamin hak asasi manusia dengan berpaksikan kepentingan rakyat, selain memberikan penilaian tinggi terhadap usaha China dalam menggalakkan perlindungan hak asasi manusia di arena antarabangsa.

覃淼