Power China, Syarikat yang Bertanggungjawab Sosial

2021-10-24 15:22:46  CRI
Share with:

Power China, Syarikat yang Bertanggungjawab Sosial_fororder_111

Asia Tenggara yang mempunyai hubungan rapat dengan China daripada segi asal usul budaya menjadi destinasi pilihan utama bagi syarikat milik kerajaan China menjalankan strategi “Going Global”.

Syarikat Power China yang menjadikan usaha “membangunkan tenaga bersih, mewujudkan persekitaran hijau dan berkhidmat untuk bandar pintar” sebagai misinya terlibat dalam projek pembinaan di Asia Tenggara selama lebih 20 tahun, antaranya termasuk projek Universiti Xiamen di Malaysia yang dianggap sebagai projek yang berkualiti tinggi.

Universiti itu merupakan universiti pertama yang dikendalikan China di seberang laut.

Projek pembinaan itu dimulakan pada Oktober 2014 dan selesai dibina pada Mei 2017. Projek fasa pertama termasuk bangunan kelas pembelajaran, kolej kediaman, gymnasium, kolam renang dan kantin.

Pada tahun 2020, projek pembinaan universiti itu memperoleh “Anugerah Luban”, iaitu anugerah tertinggi projek pembinaan di China.

Pada masa ini, lebih 6,000 orang pelajar dari China, Malaysia dan negara-negara lain mengikuti pelajaran di universiti tersebut.

徐国玮