Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNDP), Achim Steiner menyatakan bahawa China melakar hasil cemerlang dalam pembangunan sendiri, di samping memainkan peranan yang semakin penting dalam urusan PBB.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di PBB.
Dalam satu wawancara eksklusif dengan wartawan Kumpulan Media China(CMG) mengenai topik itu baru-baru ini, Achim Steiner menjelaskan bahawa China mula mengambil bahagian dalam urusan UNDP pada tahun 1972 dan projek kerjasama yang diusahakan kedua-dua pihak bermula secara rasmi pada tahun 1978. Kini, kerjasama UNDP dan China melibatkan sektor pertanian, perindustrian, sumber tenaga, kesihatan awam, pembasmian kemiskinan dan pemulihan ekonomi.
"China sedang berusaha untuk membangunkan industri kuasa hidrogen. Kerjasama antara China dengan institusi PBB termasuk UNDP membantu untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penggunaan teknologi baharu yang turut menyediakan lebih banyak kemungkinan untuk inovasi pasaran, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau,"katanya.
Menurut Achim Steiner, China telah memberi sumbangan penting dalam bidang menangani perubahan iklim.
"Dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap tenaga boleh diperbaharui dan melaburkan dalam pasaran domestik, China berjaya mengurangkan harga produk berkenaan, yang turut memberikan peluang yang lebih besar kepada negara lain untuk melabur dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui," katanya.
Achim Steiner menambah, China mula mengembangkan kapasiti pengeluaran tenaga boleh diperbaharui pada kira-kira 20 tahun lalu, termasuk penjanaan elektrik menggunakan kuasa angin dan tenaga solar.
"Dengan melabur dalam teknologi dan kapasiti pengeluarannya sendiri, China telah mengubah pasaran tenaga boleh diperbaharui global pada asasnya , selain mengubah kaedah negara membangun untuk memperoleh teknologi ini.
"Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, harga produk berkaitan menurun dengan tahap besar, sehingga mengakibatkan banyak negara mampu melabur dalam tenaga boleh diperbaharui pada masa ini. China memang memberi sumbangan dalam bidang ini," katanya.