Xi Berucap pada Sidang Peringati Ulang Tahun Ke-50 Pemulihan Kerusi PRC di PBB

2021-10-25 12:35:20  CRI
Share with:

Xi Berucap pada Sidang Peringati Ulang Tahun Ke-50 Pemulihan Kerusi PRC di PBB_fororder_1127994247_16351566608361n

Pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China (PRC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa makna yang signifikan kepada China dan dunia.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping semasa menyampaikan ucaptama dalam sidang memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi PRC di PBB yang berlangsung hari ini.

Xi berkata, dalam tempoh lima dekad lalu, China berjaya merealisasikan pembangunan secara damai, di samping menyumbang kepada kesejahteraan umat manusia.

Tegas beliau, China sentiasa bersatu padu dan bekerjasama dengan rakyat pelbagai negara bagi memelihara keadilan antarabangsa, sekali gus memberi sumbangan penting kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Xi Berucap pada Sidang Peringati Ulang Tahun Ke-50 Pemulihan Kerusi PRC di PBB_fororder_1127994247_16351566610561n

Beliau turut mengesyorkan masyarakat antarabangsa supaya mengekalkan kerjasama, keterbukaan pintu dan situasi menang-menang, di samping menentang hegemoni, amalan unilateralisme dan fahaman perlindungan dalam apa jua bentuk.

Masyarakat antarabangsa perlu memperkasakan kerjasama bagi menangani pelbagai cabaran dan isu global yang dihadapi umat manusia, jelas beliau.

Beliau turut mengulangi komitmen China untuk terus menempuh jalan pembangunan secara damai, mengekalkan usaha pembaharuan dan keterbukaan pintu, serta mempertahankan multilateralisme.

Xi Berucap pada Sidang Peringati Ulang Tahun Ke-50 Pemulihan Kerusi PRC di PBB_fororder_1127994247_16351566609991n

张哲