China, Belgium Sambut Jubli Emas

2021-10-25 16:45:13  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Raja Belgium, Raja Philippe saling menzahirkan ucapan tahniah atas sambutan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.

Xi berkata, sejak lima dekad lalu, hubungan dua negara menyaksikan perkembangan baik berasaskan prinsip saling hormat dan sama untung. Saat COVID-19 merebak, dua negara berganding bahu bagi memerangi wabak itu.

Beliau turut menyuarakan kesediaannya untuk memantapkan lagi hubungan China-Belgium, selain terus memberi sumbangan baharu kepada pembangunan hubungan China-Eropah.

Raja Philippe membalas dengan bertitah bahawa hubungan kedua-dua pihak membuahkan hasil memberangsangkan dalam pelbagai bidang, terutamanya kerjasama yang menggalakkan dalam ekonomi dan perdagangan serta aktiviti interaksi yang semakin rapat sesama kalangan masyarakat.

Selain itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Belgium, Alexander De Croo juga saling mengutus kawat tahniah.

Li menerusi perutusannya meluahkan harapan agar hubungan dua hala yang sihat dan mantap terus diperkukuh melalui kolaborasi saling untung dan program pertukaran berkala.

董筱娉