Pikul Tanggungjawab Amalkan Konsep Pembangunan Damai

2021-10-25 20:12:17  CRI
Share with:

Semasa menyampaikan ucaptama dalam sidang memperingati ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Berastu (PBB) yang berlangsung hari ini, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa dalam lima dekad lalu, China yang melakukan pembangunan secara damai, telah membawa manfaat kepada segala umat manusia, dan komited akan terus menempuh jalan pembangunan secara damai, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, serta mempertahankan amalan multilateralisme. Beliau menyeru pelbagai negara mengamalkan nilai-nilai bersama segala umat manusia, melaksanakan amalan multilateralisme dengan benar-benar dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesame insan.

Dalam tempoh 50 tahun lalu, China bertungkus-lumus memikul tanggungjawab dan melaksanakan misi yang selaras dengan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, dan memelihara manifesto dan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB serta peranan teras PBB dalam urusan antarabangsa.China mengesyorkan agar persengketaan diselesaikan secara politik.Setakat ini,masyarakat antarabangsa telah menyaksikan penglibatan lebih 50 ribu warganegara China dalam tindakan pengaman PBB, dan China sudah menjadi pembayar yuran PBB yang kedua terbanyak serta pembayar kos tindakan pengaman PBB yang kedua terbanyak.

Pikul Tanggungjawab Amalkan Konsep Pembangunan Damai_fororder_aa

 

曹捷