Padi Yunda-107, Inovasi yang Memudahkan Petani

2021-10-25 13:23:19  CRI
Share with:

Tuaian padi saka, Yunda-107 dicatatkan sebanyak 6,937 kilogram bagi setiap hektar pada musim kedua.

Jelas wakil Institut Penyelidikan Padi Kebangsaan China, Zhang Xiufu pada Ahad, sekiranya digabungkan dengan tuaian musim pertama, berat keseluruhan tuaian padi itu berjaya mencapai rekod 16,723 kilogram.

Menurut beliau, ia sekali gus menjadikannya sebagai hasil tertinggi dicapai Yunda-107 sejak ditanam secara meluas, selain turut menandakan kejayaan besar penanaman jenis itu di sawah berteres yang terletak di kawasan aliran Sungai Merah.

Difahamkan, padi saka adalah padi yang boleh dituai sebanyak dua atau tiga kali, selain mampu bertumbuh selama dua hingga tiga tahun.

Mempunyai kacukan padi Afrika dengan padi tempatan Yunnan, Yunda-107 adalah suatu inovasi yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban petani, malah turut terkenal dengan kemampuannya dalam memudahkan operasi pengeluaran menerusi teknologinya.

Pada kebiasaannya, padi biasa hanya akan ditanam dan dituai sekali sahaja untuk setahun.

Untuk rekod, setakat Oktober 2021, padi saka telah diperkenalkan ke 12 buah bandar di Yunnan, dengan keluasan penanamannya mencapai 8,710 hektar dan ketika ini turut ditanam di Henan, Hubei, Jiangxi, Hunan, Guangdong, Guangxi, Guizhou serta Hainan.

高蕾