Xi Jinping, Antonio Guterres Bertemu Secara Maya

2021-10-25 15:33:59  CRI
Share with:

Xi Jinping, Antonio Guterres Bertemu Secara Maya_fororder_1127994220_16351560528491n

Sempena ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Presiden China, Xi Jinping mengimbau kembali sejarah luar biasa antara China dan PBB, di samping terus berusaha untuk berkembang menuju ke dunia yang lebih baik.

Dalam sidang video bersama Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada pagi tadi, Xi berkata pandemik COVID-19 membawa impak besar kepada pelbagai negara terutamanya dalam kalangan negara membangun.

Sehubungan itu katanya, melawan wabak dan membaikpulih ekonomi perlu diusahakan bersama-sama serta mengulangi pendirian agar vaksin dibahagikan secara adil bagi membendung wabak di negara-negara membangun.

Menurut Xi, China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan PBB, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, menyelesaikan masaah pembangunan negara-negara membangun, mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB dan kemajuan global ke fasa baharu yang seimbang dan inklusif.

Beliau turut menyeru pelbagai negara untuk melaksanakan "Perjanjian Paris" tatkala menghadapi perubahan iklim, mengamalkan prinsip memikul tanggungjawab secara bersama, serta menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, sekali gus membantu transformasi ekonomi negara membangun.

Tegas Xi, China juga akan menyokong sebarang usaha perlindungan terhadap kepelbagaian biologi negara-negara membangun.

Pada masa sama, China sentiasa mengikuti matlamat PBB dan multilateralisme supaya memberi sumbangan dalam pembangunan dan keamanan sedunia termasuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sementara itu, Antonio Guterres pula menyatakan pembangunan China telah membawa peluang kepada sedunia dan pihaknya menghargai tindakan China mengekalkan multilateralisme dan sokongannya terhadap semua usaha PBB.

Jelas beliau, China juga memainkan peranan penting bagi mendorong pembangunan dan keamanan sedunia.

Guterres berkata, masyarakat antarabangsa perlu terus meningkatkan kerjasama yang padu, terus memegang prinsip multilateralisme, menyempurnakan tadbir urus global dan merealisasikan keadilan serta menolak amalan unilateralisme secara menyeluruh.

曹捷