China, Papua New Guinea Ikrar Perkasa Interaksi dan Kerjasama

2021-10-26 17:38:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape menerusi telefon hari ini.

Xi menyatakan, sejak hubungan diplomatik dijalin 45 tahun lalu, China dan Papua New Guinea sentiasa saling menghormati dan melayan satu sama lain secara sama rata.

Dua negara juga saling menyokong dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain, di samping bersama-sama memelihara kestabilan Pasifik Selatan serta mendorong kemakmuran dan pembangunan serantau. 

Katanya, China bersedia terus menghulurkan bantuan teknikal, ekonomi dan perubatan kepada Papua New Guinea tanpa sebarang syarat politik.

Kedua-dua pihak hendaklah mengukuhkan lagi kerjasama membabitkan pembasmian kemiskinan, perlindungan dan penggunaan sumber, serta usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan.

Beliau turut menzahirkan kesediaan untuk bersama Papua New Guinea ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama China dan negara-negara kepulauan Pasifik.

Marape pula menyatakan pihaknya berhasrat untuk menimba pengalaman China dalam usaha pembasmian kemiskinan, sambil memperluas kerjasama bilateral melibatkan pelbagai bidang. 

Beliau turut mengalu-alukan lebih banyak perusahaan China melabur di Papua New Guinea.

梁靓