Perkongsian Strategik Sepanjang Masa China, Pakistan Kekal Kukuh

2021-10-26 16:55:29  CRI
Share with:

Perkongsian strategik sepanjang masa yang terjalin antara China dengan Pakistan akan terus diperkukuh ke arah komuniti berkongsi nasib sesama negara yang lebih rapat pada era baharu.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping semasa mengadakan perbualan dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menerusi panggilan hari ini.

Xi menegaskan tentang perlunya komunikasi strategik diperlicin antara kedua-dua pihak, serta strategi pembangunan terus disepadukan dan sesi perkongsian tadbir urus negara dipergiatkan.

Beliau turut berjanji akan terus memberi sokongan padu kepada Pakistan untuk memerangi wabak COVID-19.

Menurutnya, usaha sama akan diteruskan untuk membina Koridor Ekonomi China-Pakistan, menjayakan kerjasama dalam pertanian, ekonomi digital dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, Imran Khan menyifatkan hubungan dua negara sebagai terus kekal kukuh selepas dilalui pelbagai ujian dan rintangan.

Beliau memuji sokongan China untuk membantu negaranya mengendalikan wabak menjamin keselamatan nyawa rakyat, sekali gus contoh baik ditunjukkan sebuah kuasa besar menghulurkan tangan membantu kepada yang kecil.

董筱娉