China Tekad Laksanakan Kerjasama Persekitaran 2021-2025 dengan ASEAN

2021-10-26 13:31:28  CRI
Share with:

China Tekad Laksanakan Kerjasama Persekitaran 2021-2025 dengan ASEAN_fororder_nn

Forum Pembangunan Hijau dan Mampan China-ASEAN Peringkat Tertinggi serta Forum Kerjasama Persekitaran China-ASEAN membuka tirainya secara rasmi di Nanning, Guangxi pada Isnin.

Selaku penganjur, selain mengambil peluang melaporkan kemajuan terkini mengenai usaha pembangunan peradaban ekologi dan pemeliharaan persekitaran, China turut mengulangi tekad untuk bersama-sama dengan ASEAN bagi melaksanakan "Kerangka China-ASEAN, Strategi Kerjasama dan Rancangan Tindakan tentang Persekitaran 2021-2025".

China Tekad Laksanakan Kerjasama Persekitaran 2021-2025 dengan ASEAN_fororder_nn3

China juga berharap agar komunikasi tentang butiran dasar, dorongan penyelarasan pendirian, dan sumbangan kepada tadbir urus persekitaran global dapat dilipat ganda, sekali gus memanfaatkan peluang pemulihan hijau, mengoptimumkan potensi kerjasama, serta menyuntik kedinamikan kepada pembangunan hijau dan karbon rendah.

Para peserta menilai tinggi pencapaian sedekad sejak forum tersebut dimulakan, giat memperdalam hubungan rakan strategik bilateral, mempromosikan pentafsiran rakan hijau, dan menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pemeliharaan alam sekitar.

China Tekad Laksanakan Kerjasama Persekitaran 2021-2025 dengan ASEAN_fororder_nn2

Untuk rekod, sempena Tahun Kerjasama Pembangunan Mampan China-ASEAN yang jatuh pada 2021, sebanyak 19 aktiviti telah diadakan.

Sebagai salah satu kempen yang penting, forum tersebut telah menarik lebih 300 wakil dari jabatan persekitaran, dan kedutaan ASEAN, jabatan ekologi tempatan China, pertubuhan antarabangsa, institut pengajian serta perusahaan.

高蕾