Olimpik Beijing 2022: Manual Cegah COVID-19 Disiarkan

2021-10-26 12:16:38  CRI
Share with:

Edisi pertama buku panduan yang menggariskan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing, disiarkan pada Isnin.

Manual itu merangkumi dua versi, masing-masing untuk atlet dan pihak-pihak lain yang hadir ke temasya sukan tersebut.

Naib Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Han Zirong berkata, buku panduan yang disunting berdasarkan konsensus pelbagai pihak itu memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan manusia. Ia juga merujuk pengalaman penganjuran acara sukan yang berskala besar di dunia.

Difahamkan, edisi kedua akan disiarkan menjelang akhir tahun ini.

张哲