China Komited Jayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2021-10-26 17:05:19  CRI
Share with:

China komited menunaikan janji untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sederhana, selamat dan gemilang, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing hari ini.

Beliau berkata, kira detik 100 hari Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan disambut pada esok, sementara usaha persiapan selama enam tahun telah memasuki fasa terakhir.

China mengalu-alukan atlet pelbagai negara berhimpun di Beijing untuk bersama-sama menikmati keterujaan dan kegembiraan sukan Olimpik.

张哲