Peng Liyuan Utus Tahniah Perasmian Sekolah Juilliard Tianjin

2021-10-26 20:29:56  CRI
Share with:

Isteri Presiden China Xi Jinping, Puan Peng Liyuan mengutus surat tahniah atas perasmian kampus Sekolah Juilliard Tianjin hari ini. 

Peng dalam surat itu menyifatkan sekolah kesenian yang ditubuhkan menerusi kerjasama Konservatori Muzik Tianjin dan Sekolah Juilliard AS itu sebagai wadah baharu bagi memacu interaksi sosiobudaya kedua-dua negara.

Kata beliau, peningkatan kerjasama pendidikan berfaedah untuk memupuk lebih ramai bakat yang unggul, selain menyebarkan kesenian dan persahabatan.

Kedua-dua negara diharap memperluas interaksi sosiobudaya, mempertingkat persefahaman antara satu sama lain bagi menyuburkan persahabatan dalam kalangan rakyat. 

张哲