China, AS Setuju Pertingkat Komunikasi

2021-10-26 12:30:27  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) sepakat untuk meningkatkan penyelarasan dan komunikasi berhubung dasar makro, tatkala pemulihan ekonomi global berada pada fasa kritikal ketika ini.

Ia antara hasil perbincangan Naib Perdana Menteri yang juga ketua perunding perdagangan China, Liu He dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menerusi pautan video, pagi tadi.

Dilaporkan, perbincangan itu pragmatik, ikhlas dan konstruktif membabitkan situasi ekonomi makro dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Liu meluahkan keprihatinan Beijing terhadap isu-isu penting termasuk pembatalan tarif tambahan dan sekatan oleh AS serta layanan secara sama rata kepada syarikat China.

董筱娉