Bach Tahniah CMG Buka Saluran TV Olimpik

2021-10-26 11:39:09  CRI
Share with:

Bach Tahniah CMG Buka Saluran TV Olimpik_fororder_1026b

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkan pembukaan saluran TV Olimpik oleh Kumpulan Media China (CMG) melonjakkan kolaborasi dua pihak ke tahap lebih tinggi.

Beliau dalam perutusan tahniah menerusi pautan video berkata, saluran tersebut membolehkan peminat sukan Olimpik di China mendapat akses kepada program sukan bersiaran selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Bach menambah, dengan adanya saluran itu, audiens China diberi peluang untuk berkongsi keghairahan dan minat mereka terhadap aktiviti sukan serta menghayati keunikan Olimpik.

Bach Tahniah CMG Buka Saluran TV Olimpik_fororder_1026a

Dalam pada itu, Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan, pembukaan saluran berkenaan serta platform digital antara suatu langkah penting untuk membudayakan sukan Olimpik di China, malah juga hasil kerjasama memberangsangkan yang diperoleh CMG dan IOC.

Bach Tahniah CMG Buka Saluran TV Olimpik_fororder_1026c

Bach Tahniah CMG Buka Saluran TV Olimpik_fororder_1026d

Saluran TV Olimpik yang dikenali CCTV-16, dilancarkan secara rasmi di Beijing pada Isnin.

Ia merupakan satu-satunya saluran penyiaran di Tanah Besar China yang mendapat permit daripada IOC untuk menggunakan nama dan logo Olimpik.

CCTV-16 adalah saluran sukan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit secara 24/7, yang memberikan pengalaman Definisi Ultra Tinggi 4K dan Definisi Tinggi (HD).

董筱娉