Xi: Gandakan Usaha Capai Kemandirian, Swadaya Teknologi

2021-10-27 11:09:04  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengarahkan modal insan profesional supaya terus melipatgandakan usaha ke arah mencapai kemandirian dan pengukuhan diri dalam sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.

Xi: Gandakan Usaha Capai Kemandirian, Swadaya Teknologi_fororder_1027a

Xi: Gandakan Usaha Capai Kemandirian, Swadaya Teknologi_fororder_1027b

Xi: Gandakan Usaha Capai Kemandirian, Swadaya Teknologi_fororder_1027c

Ketika mengunjungi pameran bertema pencapaian inovasi sains dan teknologi sepanjang Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-13 (2016-2020) di Beijing pada Selasa, Xi menyifatkan kemajuan China dalam bidang sains dan teknologi sebagai cukup memberangsangkan buat tempoh tersebut, dengan keupayaan inovasi semakin meningkat.

Beliau berharap agar ahli profesional berkenaan dapat menyasarkan sains dan teknologi global, berkhimat di medan perang ekonomi utama, berusaha untuk memenuhi keperluan negara dan memberikan faedah kepada kehidupan serta kesihatan masyarakat.

Xi menggalakkan mereka berani berhadapan dengan masalah dan mengatasi pelbagai kesukaran untuk meneruskan inovasi.

董筱娉