AS Digesa Perjelas Insiden Kapal Selam di Laut China Selatan

2021-10-27 14:55:15  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa memberi penjelasan berhubung insiden kapal selam nuklearnya terlanggar objek di Laut China Selatan, supaya menghilangkan kesangsian masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Selasa berkata, China berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai insiden tersebut dan meminta penjelasan dibuat AS. Namun, sampai sekarang, hanya satu kenyataan ringkas yang tidak terperinci diterima.

Zhao turut menegaskan, Laut China Selatan bukan medan bagi AS memburu laba geopolitik.

梁靓