PM China Hadir Sidang Kemuncak 10+1

2021-10-27 10:49:53  CRI
Share with:

PM China Hadir Sidang Kemuncak 10+1_fororder_1127998846_16352611245621n

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-24 yang berlangsung secara maya pada petang Selasa.

Li ketika berucap dalam sidang tersebut berkata, dalam tempoh 30 tahun sejak hubungan dialog China-ASEAN dijalin, kedua-dua pihak yang menjunjung persahabatan dan usaha saling menguntungkan telah memelihara ketenteraman serantau pada keseluruhannya serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Beliau turut mengemukakan saranan dalam enam perkara bagi memacu kerjasama China-ASEAN pada fasa seterusnya, termasuk bekerjasama melindungi kesihatan rakyat, memperkasakan integrasi ekonomi, memacu pembangunan inklusif, mendorong inovasi sains dan teknologi, memperluas kerjasama mesra alam dan memperkukuh hubungan dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu, Li menyatakan China akan menghulurkan lebih banyak bantuan vaksin dan barangan keperluan kepada ASEAN untuk melawan pandemik COVID-19.

Beliau juga menegaskan bahawa kedamaian Laut China Selatan selaras dengan kepentingan bersama China dan ASEAN.

Dengan mengambil peluang sempena ulang tahun ke-20 pemeteraian Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), China bersedia berusaha bersama-sama dengan ASEAN bagi memperluas kerjasama maritim dan mendorong pemuktamadan Kod Tatalaku di Latu China Selatan (CoC) seawal mungkin.

Pemimpin negara-negara ASEAN yang menghadiri sidang kemuncak itu menganggap hubungan ASEAN-China adalah yang paling komprehensif dan strategik antara hubungan blok itu dengan rakan dialognya.

ASEAN berhasrat memperluas lagi kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan, ekonomi digital, kesihatan awam dan pembangunan lestari.

Mereka juga menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan China dalam melaksanakan DoC secara menyeluruh dan memuktamadkan CoC seawal mungkin.

张哲