Jawatankuasa Penganjur Olimpik Beijing melancarkan buku panduan mencegah dan mengawal wabak COVID-19 pada Selasa sempena kira detik 100 hari Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Buku panduan yang mempunyai dua versi itu masing-masing disediakan untuk atlet dan pasukan iringan serta semua pihak berkepentingan yang lain.
Dimaklumkan, mereka yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing perlu menyelesaikan pemvaksinan COVID-19 sebelum berkunjung ke China.
Bagi individu yang belum mengambil vaksin pula, mereka dikehendaki menjalani kuarantin selama 21 hari setelah tiba di Beijing.
Sementara itu, pesawat penerbangan luar perlu terus memasuki wilayah China menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, dan dilarang berhenti di bandar domestik yang lain.