PM Li Hadir Sidang Kemuncak Asia Timur

2021-10-28 16:34:37  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-16 yang berlangsung secara maya pada Rabu.

Ketika berucap dalam sidang itu, Li berkata negara serantau perlu melipatgandakan usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi, di samping memelihara kedamaian dan menggalakkan kemakmuran serantau.

Beliau menyarankan supaya pelbagai negara berganding bahu dalam menangani pandemik, menjana pemulihan ekonomi secara menyeluruh, memacu pembangunan mesra alam dan menyokong kedudukan ASEAN.

Para peserta turut bersuara, amalan multilateralisme perlu dijunjung berasaskan semangat "prihatin bersama, kendali bersama dan makmur bersama".

Selain memastikan kesamarataan agihan vaksin dan ubat-ubatan, kolaborasi dalam ekonomi digital, perdagangan bebas, kesihatan awam dan perubahan iklim juga harus diperkasakan, di samping   rantai perindustrian dan rantai bekalan dikekalkan licin.

董筱娉