Reda Situasi Afghanistan menerusi Koordinasi, Kolaborasi

2021-10-28 13:16:47  CRI
Share with:

Koordinasi dan kolaborasi pihak terbabit dalam isu Afghanistan perlu dipertingkat lagi demi menenangkan situasi di negara itu daripada tidak menentu.

Demikian ujar ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi ketika berucap pada mesyuarat kedua menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan secara maya pada Rabu.

Wang turut mengemukakan beberapa saranan termasuk proaktif berkontak dengan kerajaan sementara Afghanistan bagi memberikan panduan, memperluas koordinasi pelbagai hala, memperkasa kerjasama antikeganasan, dan menggalakkan proses pembangunan semula secara damai.

Dalam pada itu, beliau menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya membatalkan sekatan sepihak terhadap Afghanistan serta-merta, dan memastikan aset negara itu beralih ke kesejahteraan masyarakat secepat mungkin.

Wang juga berharap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dapat menyalurkan lebih banyak vaksin COVID-19 dan peralatan perubatan kepada Afghanistan yang ketika ini bergelut dengan penularan wabak.

Beliau berjanji, Beijing akan terus menyediakan lebih banyak bantuan kepada rakyat Afghanistan.

董筱娉