China, Equatorial Guinea Sasar Kerjasama Lebih Kukuh

2021-10-28 15:27:23  CRI
Share with:

China terus komited untuk memastikan hasil lebih memberangsangkan diperoleh dalam kerjasama dengan Equatorial Guinea demi kebaikan rakyat kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo melalui telefon pada Rabu.

Xi berkata China akan terus memberi bantuan vaksin COVID-19 kepada Equatorial Guinea, di samping memperdalam kerjasama perubatan dan kesihatan, serta sinergi berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau turut menegaskan, dunia kini berdepan perubahan yang tidak pernah disaksikan sepanjang abad.

Lantaran itu, China dan Afrika perlu memperkukuh perpaduan, penyelarasan dan sokongan antara satu sama lain untuk mempertahankan keadilan antarabangsa serta kepentingan bersama negara-negara membangun.

Obiang menyampaikan penghargaan atas bantuan yang dihulurkan China selama ini, termasuk bekalan vaksin COVID-19.

Katanya, Equatorial Guinea akan aktif menyertai BRI dan Inisiatif Pembangunan Global, selain bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

梁靓