Kapal Damai, Kapal Nyawa, Kapal Sayang

2021-10-28 14:57:07  CRI
Share with:

Terdapat sebuah kapal besar berwarna putih yang menyerbu angin dan menembusi gelombang di laut yang membiru, dengan corak “Palang Merah” yang tertera pada kedua-dua belah badannya kelihatan sangat menonjol dalam sinaran matahari.

Tanpa dilengkapi meriam, torpedo, peluruh berpandu atau roket, kapal milik Tentera Laut China ini sememangnya luar biasa. Sebagai pengganti ‘senjata’, apa yang terpasang pada kapal tersebut merangkumi bilik pembedahan, bilik sakit dan gudang darah, beserta mesin CT, Xray dan peralatan perubatan yang lain.

Inilah “hospital di laut” yang terkenal, iaitu “Ark Peace”.

Apakah keistimewaan dan daya tarikan milik “Ark Peace” tersebut? Marilah mendengar tiga cerita berkaitan kapal tersebut.

Cerita yang pertama berkaitan seorang budak perempuan Bangladesh yang bernama “China”, yang merupakan antara bayi kelahiran  Ark Peace berdasarkan rawatan dan bantuan ahli perubatan China. Oleh itu,  Ark Peace juga digelar sebagai “Kapal Nyawa”.

Ketika Ark Peace berlabuh di Chittagong, Bangladesh yang merupakan salah satu destinasinya sepanjang pelaksanaan “Misi Harmoni-2010” yang merangkumi lima negara di rantau Asia dan Afrika pada November 2010, seorang wanita tempatan yang sudah berhamil selama 36 minggu mendatangi ahli perubatan tentera China yang bertugas dalam kapal tersebut untuk meminta pertolongan.

Si wanita itu kelihatan berada dalam keadaan yang sungguh kritikal. Jika dihantar ke Dhaka, ibu kota negara itu, si wanita tersebut akan menghadapi risiko besar memandangkan masa perjalanan yang diperlukan kira-kira 7 jam. Ahli perubatan China turut menjadi harapan yang terakhir yang boleh disandarkan bagi pesakit itu.

Doktor dan jururawat dari Ark Peace berusaha mengambil langkah untuk meredakan tekanan yang terlalu besar terhadap rahim si pesakit, dan akhirnya menstabilkan pembekalan darah ke jantungnya. Kemudian, persalinan dengan pembedahan berjalan lancar, dan akhirnya menyaksikan kelahiran seorang bayi perempuan yang sihat. 

Suami si wanita tersebut seterusnya menyampaikan ribuan terima kasih kepada semua ahli perubatan Ark Peace, dan membuat keputusan untuk menamakan anak perempuannya dengan “Chin”.

“Anda sekalian memberi ‘nyawa baharu’ kepada isteri dan anak saya. Maka, saya berikan nama ‘Chin’ kepada anak saya. ‘Chin’ bermaksud ‘China’ dalam bahasa Bangladesh. Saya berharap anak saya boleh ingat akan negara China yang mulia.”

Cerita yang kedua berkaitan dengan “bunga Melur”.

Ark Peace pernah berlabuh di Brunei Darussalam pada musim panas 2013 untuk menyertai latihan ketenteraan bersama penyelamatan kemanusiaan “10+8” ASEAN.

Ark Peace menunjukkan prestasi yang baik dalam latihan tersebut dan turut memenangi pujian tinggi dari masyarakat antarabangsa yang yakin kapal perubatan China ini akan memainkan peranan penting dalam bantuan kemanusiaan pada masa depan.

Sememangnya begini. 

Ark Peace pernah diberi tugas untuk menghulurkan bantuan menyelamat di Filipina yang dilanda taufan Haiyan pada November 2013. Ketika misi menyelamat berjalan, anak kapal Ark Peace terpaksa mengangkut barang keperluan ke darat dengan menggunakan bot, kerana kapal tersebut tidak boleh menghampiri jeti yang sudah musnah akibat taufan.

Tiba-tiba, seorang wanita tempatan berlari ke arah kapal itu dengan mendakap seorang anak kecil yang hanya berumur dua tahun. 

“Doktor, cepat menyelamatkan anak saya”, dia sambil lari sambil jerit.

Anaknya yang bernama Malisa kelihatan demam dan pengsan.

Ketua Jururawat, Cai Weiping menerima anak tersebut dan segera memulakan perawatan kecemasan.

Rowena, ibu Malisa menangis di sebelahnya dengan sungguh sedih sebab suaminya sudah terbunuh dalam taufan.

Setelah menerima rawatan dan penjagaan yang teliti selama tiga hari, Malisa beransur-ansur sembuh dan menjadi sihat semula.

Tibalah saat bagi Ark Peace untuk meninggalkan Filipina. Rowena membawa Malisa mendatangi jeti untuk mengucapkan ‘selamat jalan’ kepada semua ahli perubatan China. Malisa memilih menghadiahkan sekuntum bunga Melur kepada Cai Weiping.

Bunga Melur merupakan bunga kebangsaan Filipina yang melambangkan penghormatan yang paling tinggi kepada tetamu.

Cerita yang ketiga berlaku di Tonga, negara kepulauan yang terletak di Oceania. David Maka, lelaki berumur 27 tahun pernah mengunjungi  Ark Peace untuk meminta pertolongan pada 16 Ogos 2014.

Sebiji peluru dikesan tertinggal pada dada sebelah kiri David Maka. Dia pernah tertembak oleh pistol pada jarak dekat dalam satu insiden pada 4 tahun yang lalu. Peluru tersebut dikesan pada posisi yang berhampiran dengan jantung dan paru-paru kirinya.

Dalam masa selama empat tahun, David Maka selalu berasa risau dan takut. Dengan merebut peluang ketika Ark Peace Tentera Laut China berlabuh di negaranya, David Maka memutuskan mencuba nasibnya dan turut mendatangi kapal itu untuk meminta pertolongan.

Beliau terbukti bernasib baik kerana mendapat peluang diatur berbaring di atas meja pembedahan dalam Ark Peace pada petang 17 Ogos 2014.

Doktor Zhang Jian yang berkemahiran tinggi dalam bidang pembedahan berjaya mengambil keluar sebiji peluru sepanjang 9mm dari posisi berhampiran jantung Maka dalam masa 23 minit sahaja.

Pada saat bangun dari pembedahan tersebut, David Maka berkata kepada doktor Zhang Jian, “you change my life”.

Beberapa tahun kemudian, Zhang Jian dan David Maka berhubung semula menerusi video dalam talian.

David Maka berkata, “Sebelum 2014, saya sering terasa takut. Takut tidak dapat melihat anak perempuan saya membesar. Namun, tuan menggunakan 23 minit sahaja, membuka sebuah pintu baharu dalam hidup saya.”

张宪