Beijing 2022: Perkampungan Atlet Dibuka Pada Penghujung Januari

2021-10-28 13:44:04  CRI
Share with:

Beijing 2022: Perkampungan Atlet Dibuka Pada Penghujung Januari_fororder_dac

Perkampungan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada 27 Januari 2022, manakala larian obor pula akan diadakan pada 2 Februari.

Demikian umum Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang juga Naib Datuk Bandar Beijing, Zhang Jiandong dalam satu sidang media di Beijing pada Rabu.

Jelasnya, semua gelanggang dan gimnasium pertandingan sudah siap dibina serta mendapat kelulusan oleh pertubuhan acara musim sejuk antarabangsa selepas berjaya memenuhi syarat menerusi ujian yang dilaksanakan.

Menurut Zhang, berdasarkan kesediaan untuk menganjurkan temasya sukan yang sederhana, selamat dan gemilang, pelan kreatif untuk upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah ditetapkan, dan pelbagai kerja sedang berjalan lancar.

高蕾