WHO Seru Kumpul Dana untuk ACT-A

2021-10-29 12:43:59  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya mengumpul dana AS$23.4 bilion (RM96.9 bilion) bagi pemecut Akses kepada Peralatan COVID-19 (ACT-A).

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa taklimat harian pada Khamis menjelaskan, dana itu dikhaskan bagi tujuan menghilangkan ketidaksamaan dalam akses kepada vaksin serta tapisan koronavirus dan rawatan di peringkat dunia.

Menurut beliau, WHO merancang menyiapkan dana tersebut sebelum September tahun depan, yang akan membantu ekonomi sejagat menjimatkan lebih AS$5.3 trilion (RM21.9 trilion) dan mengelakkan sekurang-kurangnya lima juta kes kematian.

董筱娉