Henti Tuding Jari, Fokus Keadaan Sendiri

2021-10-29 12:08:00  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya merenungi dan mengambil iktibar daripada keadaan hak asasi di negara sendiri yang kekal membimbangkan, bukan berlagak menuding jari dan mengkritik pihak lain.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap kerajaan wilayah Xinjiang, Xu Guixiang dalam sidang media di Beijing pada Khamis, sebagai reaksi terhadap tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pemimpin AS menyasar Xinjiang.

Beliau berkata, tahun-tahun kebelakangan ini, AS mengenakan sekatan yang menindas terhadap syarikat Xinjiang atas nama “buruh paksa” dan “hak asasi dicabul”, sehingga menyebabkan masyarakat setempat terdedah kepada kehilangan kerja dan kemiskinan.

“Keadaan hak asasi di Xinjiang jauh lebih baik berbanding AS. Negara itu kena fokuskan kepada keadaan sendiri dan berhenti memainkan taktik menjejaskan kepentingan negara lain,” ujarnya.

Menurut Xu, isu Xinjiang padahalnya bukan membabitkan kaum, agama ataupun hak asasi, sebaliknya berkisar kepada usaha melawan keganasan, infiltrasi, pemecahbelahan dan campur tangan.

Tambah beliau, perbuatan AS melumurkan kata-kata keji dan tidak berasas kepada Xinjiang, mengundang kecaman pedas daripada penduduk tempatan malah masyarakat antarabangsa.

董筱娉