Usaha Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Asia Diperhebat

2021-10-29 14:16:53  CRI
Share with:

Usaha Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Asia Diperhebat_fororder_微信图片_20211029104637

Sidang Dialog Warisan Kebudayaan Asia anjuran bersama oleh Jabatan Artifak Negara China dan kerajaan Beijing melabuhkan tirainya pada Khamis.

Sempena sidang tersebut juga, Inisiatif Tindakan Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Asia telah dilancarkan secara bersama oleh wakil dari 27 buah negara yang terlibat.

Inisiatif tersebut menyentuh tentang situasi dan cabaran terkini dalam usaha pemeliharaan warisan kebudayaan Asia, memperlihatkan negara Asia sebagai kekuatan kunci untuk mendorong “tindakan pemeliharaan warisan kebudayaan Asia”, di samping menyeru sokongan dan penyertaan daripada pertubuhan antarabangsa.

Menurut inisiatif tersebut, pelbagai negara Asia perlu menjalankan tindakan secara bersama untuk melindungi kecemerlangan tamadun Asia, mendorong interaksi tamadun Asia, mencapai kata sepakat tentang pembangunan Asia serta membangkitkan kedinamikan inovasi Asia demi masa depan serantau.

Sementara itu, pelbagai negara Asia perlu berganding bahu untuk menghadapi cabaran sehingga membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dialog kali ini telah mencapai hasil yang memuaskan termasuk penubuhan “persekutuan pemeliharaan warisan kebudayaan Asia” oleh 10 buah negara dari rantau Asia, di samping penubuhan Tabung Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Asia oleh China.

Kesemua tindakan tersebut dijangka memberi jaminan terhadap usaha tindakan pemeliharaan kebudayaan Asia dari segi pembentukan mekanisme kerjasama, pembangunan berterusan dan pembinaan keupayaan.

张宪