Cubaan Pecahbelahkan Negara Pasti Telan Padah

2021-10-29 11:29:26  CRI
Share with:

Cubaan pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik untuk mewujudkan "kemerdekaan Taiwan" takkan mengubah fakta bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Khamis berkata, ia juga tidak akan menggoyahkan pendirian teguh masyarakat antarabangsa terhadap prinsip satu China.

Dalam temu bual bersama wartawan akhir-akhir ini, pemimpin pihak berkuasa Taiwan,Tsai Ing-wen buat kali pertama mengiktiraf penempatan tentera AS di Taiwan untuk melakukan latihan, sambil mencanangkan "ancaman" daripada Tanah Besar China.

Sehubungan itu, Wang menggesa AS mematuhi prinsip satu China yang merupakan asas politik kepada hubungan dua hala, di samping membantah hubungan rasmi dan ketenteraan dalam apa jua bentuk antara AS dengan Taiwan.

Katanya, sebarang individu yang mahu memecahbelahkan negara pasti akan menelan padah yang buruk.

Beliau turut menyifatkan cubaan dan sokongan untuk mewujudkan “kemerdekaan Taiwan” sebagai jalan yang pasti menemui kebuntuan.

张哲