UNESCO: Shanghai Digelar "Bandar Rajin Belajar"

2021-10-29 11:27:49  CRI
Share with:

Shanghai disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh "bandar rajin belajar" dalam pemilihan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk tahun 2021.

Dengan keputusan yang diumumkan dalam Persidangan Bandar Rajin Belajar Ke-5 UNESCO di Yeonsu, Korea Selatan pada Rabu itu, bandar metropolitan yang pertama kalinya mendapat gelaran demikian juga merupakan satu-satunya bandar di China yang memenangi gelaran terbabit.

Dimaklumkan, gelaran itu adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada Shanghai yang sekian lama membentuk masyarakat rajin belajar dan sistem pendidikan sepanjang hayat dengan slogannya "sesiapa sahaja boleh belajar tak mengira tempat atau masa".

Menurut Ketua Pengarah Penyelidikan Pelajaran Sepanjang Hayat UNESCO, David Atchoarena, dalam dunia yang dinamik, Shanghai mencapai kemajuan signifikan dalam usaha menyediakan peluang kepada penduduknya, supaya mereka terus mengembangkan diri dan menyumbang kepada pendekatan cabaran tempatan dan global.

高蕾