Henti Campuri Urusan China, Cemar Hubungan Sihat

2021-10-29 12:06:40  CRI
Share with:

Beijing mengecam sekeras-kerasnya kata-kata berbaur campur tangan yang dilemparkan pemimpin Jepun pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) baru-baru ini.

Kritikan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin ketika bercakap kepada media di Beijing pada Khamis.

Terdahulu, semasa diadakannya EAS, pemimpin Jepun mencampuri urusan dalaman negara China antaranya isu-isu membabitkan Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang, serta mencela Beijing menjejaskan kedaulatan Tokyo di Laut China Timur.

Negara itu juga mendakwa China melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), selain menentang tekanan ekonomi di rantau berkenaan.

Wang turut membalas dengan mengatakan, bersikap tidak mengendahkan fakta, pemimpin Jepun mengamalkan dasar luar yang memburuk-burukkan negara lain, dengan sengaja mencampuri urusan dalaman Beijing.

Menurut jurucakap itu, perbuatan seumpama adalah tidak konstruktif kepada pembangunan sihat dan mantap hubungan China-Jepun serta kestabilan dan kedamaian rantau.

董筱娉