Taliban Mahu Bina Hubungan Baik dengan Semua Negara

2021-10-29 12:53:47  CRI
Share with:

Taliban Afghanistan ingin menjalin hubungan baik dengan negara-negara jiran malah seluruh dunia, menurut naib jurucakapnya, Ahmadullah Waseq.

"Kami berharap dapat diiktiraf masyarakat antarabangsa kerana hal ini bermanfaat untuk semua," katanya kepada pemberita Kumpulan Media China (CMG) akhir-akhir ini.

Beliau menyifatkan mesyuarat kedua menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan sebagai besar maknanya tatkala Taliban memerlukan ikatan muhibah dengan semua negara ketika ini.

Waseq turut berjanji Afghanistan tidak akan mencampuri urusan dalaman negara lain, dan juga tidak akan dipergunakan mana-mana pihak.

梁靓