AS Dikritik Cemar Kedamaian Selat Taiwan

2021-10-30 13:59:47  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengkritik cubaan Amerika Syarikat (AS) mencanangkan isu kehadiran Taiwan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencemari kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.

Ketika berada di Rom, Itali untuk Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada Jumaat, Wang bercakap kepada media bahawa cubaan itu bukan sahaja bertentangan dengan janji politik yang dibuat AS ketika menjalin hubungan diplomatik dengan China, tetapi juga menjejaskan Piagam PBB dan prinsip berkenaan.

Menurut beliau, Resolusi 2758 yang diluluskan Perhimpunan Agung PBB pada 1971 sudah memulihkan kerusi keanggotaan sah China di PBB dan menentusahkan hak perwakilan negara itu.

Wang sekali lagi mengulangi kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini dan Taiwan sebahagian wilayah China.

Ia sudah menjadi konsensus antarabangsa, dan juga merupakan norma perhubungan antarabangsa yang dipatuhi semua negara.

Beliau mengingatkan, AS akan menelan padah jika degil berbuat sedemikian.

董筱娉