China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama

2021-10-30 12:58:44  CRI
Share with:

Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan entiti ekonomi utama dunia, China dan Britain perlu mengekalkan dialog dan memperkasakan kerjasama bagi menyumbang kepada usaha memerangi pandemik COVID-19, menyempurnakan tadbir urus global serta mewujudkan pembangunan dan kemakmuran dunia.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Jumaat.

Xi menegaskan bahawa kesalingpercayaan, persefahaman dan pengendalian percanggahan dengan baik signifikan bagi memastikan perkembangan baik hubungan China-Britain.  

China mengalu-alukan Britain mengeksport lebih banyak produk yang bermutu ke China, sambil memperluas kerjasama melibatkan perubatan, pembanguan mesra alam, ekonomi digital, kewangan dan inovasi.

Dalam pada itu, Britain diharap memberi layanan yang adil dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China.

Johnson pula berkata, Britain dan China mempunyai konsensus dan kepentingan bersama dalam banyak isu penting, termasuk kesihatan awam global, pemulihan ekonomi dunia, isu nuklear Iran dan usaha antikeganasan.

Britain berhasrat memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pendidikan dan tenaga bersih, dan mengalu-alukan syarikat China membuat pelaburan di negara itu.

董筱娉